Thursday, December 22, 2011

CF for Comic Fiesta

Assalamu'alaikum


Yuhuuu...comic fiesta datang lagi (okay sebenarnya dah lepas beberapa hari dah)
benda ni sabtu and ahad 17 & 18 (day 1 and day 2)...untuk tahun 2011 ia diadakan di KLCC..maka aku dan adiks aku terjah ke sana hari kedua...Tapi naik LRT lah kan..Parking kat situ memang lah cekik darah sampai ke organ dalaman..erkk 'organ dalaman'??? Geli lah pulak..


Okay aku ke sana pun sebab diajak kawan aku yang sanggup balik semata2 nak pergi CF..dia tu memang hantu Anime..semua karakter dia kenal..Aku ni minat lah jugak tapi tak selalu tengok semenjak ANIMAX dah kena langgan..jadi aku tahu sikit2 je...Tapi memang syok dengan cosplay dia...




Nak jadikan cerita sebenarnya dah lama aku rancang nak pergi dengan dua orang lagi kawan aku..tapi sebab faktor tertentu aku cancel..and tup tup aku pergi jugak alang2 terjadi budak fast track ni...kecian pulak dengan mereka berdua tu..tapi tak ape..InsyaAllah tahun depan kalau dia buat kat sunway senang sikit..boleh lah mereka berdua tu join sebab dekat sikit dengan rumah aku...


Hmm salah satu barang yang aku beli adalah file BEELZEBUB...aku tertarik dengan kecomelan baby tu...hehe ^_^


                                 




Wednesday, December 21, 2011

The Wanted (boy band)

Assalamu'alaikum you guys yang HEBAT..


Have you heard about The Wanted??? oh come on you guys yang hebat-hebat belaka ni...The Wanted lah everyone knows them...Don't lie..


What? You DON'T KNOW who they are? Never HEARD of them before..Well me too..hehe
But but but since I saw them in Malaysia a few days ago...LIAR! LIAR! LIAR!
okay the true story I saw them in Hitz tv and I fall in love with them...


All of them are tooooo awesommmeeee!!!
Handsome and a little of gorgeous..Mix with amazing and a cup of marvellous...haha I'm going Crazzzyyy!!
and if I'm not mistaken, they came because of their debut single  "All Time Low" which have reached number one in the UK after one week it released...It's Hebat right..^_^


This British boy band with genres dance pop consist of Max George, Siva Kaneswaran, Jay McGuiness, Tom Parker and Nathan Sykes..
                                                                        It's Max






Aww aren't they cute??? 


You guys must watch this video...
Hope you like it..



Monday, December 19, 2011

Tersedu sedan lah pulak hari ni

Assalamu'alaikum you guys yang HEBAT!!!


Hic...Hic..Hiccup!!


everyone have been in this situation..excluding me(alien mane pulak ni yang tak pernah sedu)
well today i've been hiccup more than 3 times..can you imagine dari pagi sampai malam...
I was hic..hic..macam tak cukup nafas...


But alhamdulillah after I googled I found a blog...
with a post tittle..PETUA MENGHILANGKAN SEDU..


This is how it works:
firstly take a very very very deep breath and hold your breath..
At the same time swallow your saliva...then get a H2O(water)..


and definitely I tried those 'petua' and it really work..
I was like..whoa!! miracle there's no more hic..hic..hic..


so you guys yang HEBAT-HEBAT belaka ni can view the blog for more information...Check it out HERE

Wednesday, November 23, 2011

Aku takut...Fast Track...

Assalamualaikum....

wah wah wah over pulak tajuk aku kali ni ye...hehe..okay hari ni aku nak share tentang fast track...
fast track ni merupakan penerapan kemasukan ke universiti dalam program ijazah sarjana muda..

setahu aku budak fast track akan masuk semester dua..kira macam lompat lah jugak ye..pelajar yang dapat 3 pointer dan ke atas sepanjang 3 semester dan tidak pernah repeat sebarang subject...

maka dia layak untuk mohon fast track..dan......

aku adalah salah seorang yang layak...memang aku tak minat langsung untuk mohon benda ni..aku tak yakin dengan diri sendiri..yg paling teruk aku dapat tahu cuma aku je perempuan dalam bidang diploma aku yang sambung fast track..yang lain budak lelaki..oh tidak..

banyak alasan aku bagi kat parents aku..semua ditolak bulat2...maka dengan berat jari kaki tangan aku memaksa diri untuk mohon jugak...kiranya mohon cukup syarat parents aku je...huhu

dan bila dah mohon tu aku harap sangat yang aku tak dapat...hakikatnya aku bukannya golongan budak pelajar pintar cerdik genius bijak pandai..aku rasa tak layak sebab aku x pernah pun dapat dean's list..

kawan2 aku pun tak setuju aku pergi..sampai ada kawan aku yang doa aku tak dapat fast track tu..huhu macam2 perangai...

tapi mungkin rezeki aku dan jugak doa parents aku dekat Tanah Suci tu...maka aku dapat dan terpaksa jugak lah aku terima tawaran tu..yang menariknya aku dapat tempat yang sama dengan program diploma aku..tapi tak disediakan kolej la pulak...dan alhamdulillah aku jumpa seorang lagi budak perempuan yang sambung fast track..huhu senang lah sikit...

so kiranya aku still boleh jumpa kawan2 aku cuma mungkin jarang lah kot...hmm sekarang ni aku dah redha dan tawakkal..aku terima ni semua n bersangka baik...

so kepada adik-adik (huhu terasa aku tua la pulak) yang sama dengan situasi aku ni..cuba lah beristikharah ye..
jangan buat keputusan ikut kepala je...

Sunday, June 26, 2011

Menariknya Seni Khat!!

Assalamualaikum...
Hmm seni khat..apa tu??
Aku sendiri pun tak tahu seni khat tu apa...tapi memang menarik..aawwww aku dah jatuh cinta dengan seni khat!!! Semuanya bermula semalam, jam 2 petang...Persatuan Seni Lukis di tempat pengajian aku adakan bengkel khat..Jadi aku selaku ahli lama wajib menghadirkan diri..hehe sebenarnya malas nak pergi tapi kawan ajak, tu yang ikut tu...

Setakat ni, mengikut apa yang aku belajar semalam, khat ni terdiri
daripada pelbagai jenis...Antaranya Khat Nasakh, Khat Thuluth, Khat Kufi, Khat Diwani, Khat Farsi dan Khat Riq'ah...Semua jenis khat ni ada perbezaan cara menulis dia...bentuk pun agak berbeza...ada yang macam paku2..kalau bukak kitab Al-Quran yang lama mesti dapat jumpa..


Hmm aku jealous dengan cikgu yang mengajar khat semalam, cantik betul tulisan dia..Menurut dia, dia menceburi seni khat sejak 11 tahun yang lalu..Huhu agaknya kalau aku nak mahir seni khat, aku kena berlatih dalam 11 tahun ataupun lebih kot baru dapat buat khat cantik macam dia..Adoi, time tu aku dah 30 tahun..huhu dah tua..sob3..
Cantik kan...


Aku duduk belakang sekali..huhu itu lah padahnya datang lambat

cantik tak..aku yang buat ni..

Haha penipu besar!!! Hakikatnya ni original yang aku buat

Nak tulis Alif pun dah salah..Ish3









Friday, June 24, 2011

Nak pinjam boleh tak?

Assalamualaikum.

Masa nak pinjam barang
1 - Awak tak pakai baju ni kan, saya nak pakai. Boleh kan kan kan..
2 - Awak jangan lah pakai baju tu, esok saya nak pinjam
3 - Ehh cantiknya baju baru awak ni...nanti saya nak pinjam ek..

Selalu tak dengar ayat-ayat ni??? Hmm kalau dah nama kawan mesti lah kita tak sanggup nak kata "TIDAK"..betul tak? Selalunya sebab tak nak kecik kan hati dia atau nak balas budi dia kita pun "jawab okay, ambik lah"...Bak pepatah Sharing is Caring..mestilah kita nak jalinkan ukhuwah yang baik antara sahabat..Malangnya bila kita terlalu baik, orang pulak yang pijak kepala kita..

Masa untuk memulangkan barang ke tangan TUAN yang asal
Hari 1 : Alamak belum basuh lagi lah...
Keesokan harinya : weyh sorry sangat, aku dah basuh tapi lupa nak bawak
Lusa : Hmm sebenarnya aku tak ingat aku letak kat mana..Tak pe nanti aku gantikan yang baru..

Seminggu, sebulan, setahun tunggu..tapi dia buat dek je..macam2 alasan dia boleh create masa nak pulangkan barang.."Eh sorry lah" "Alamak terkoyak sikit..Tak ape kan..sikit je ni" "Hari tu maid aku yang basuh, bukan salah aku fabrik ni rosak" "Eh bukan ke aku dah pulangkan hari tu"..Hmm banyak cantik kepala dia...tapi bila nak pinjam bukan main cepat..cakap pun tak berbelit lidah.."Nak pinjam boleh?" Senang je ayat dia...

Benda2 macam ni pernah lah jugak terjadi beberapa kali dalam hidup aku...Kalau tak silap aku beberapa tahun yang lepas, ada seorang kawan aku pinjam barang aku sampai sekarang ni tak pulangkan lagi.. aku pulak jenis yang takut nak mintak..padahal barang tu aku punya..sekarang ni aku pun dah tak terserempak dengan dia..jadi aku halal kan je barang tu..ish3..aku cerita hal ni kat kawan2 aku, semuanya geleng kepala and marah aku..hehe nak buat macam mana kan..



Kesimpulannya, kepada sesiapa yang suka pinjam barang orang lain, tolonglah pulangkan balik dalam keadaan yang original seperti sebelum pinjam..barulah kawan kita percaya dengan kita sebab dapat jaga barang yang dipinjam dengan baik..

Nasihat kepada si peminjam barang, tolonglah jaga barang kawan yang dipinjam macam Harta Karun sendiri...=)

Wednesday, December 8, 2010

Manusia pelik???

Hmm post kali ini tajuknya manusia pelik…hakikatnya semua jenis makhluk kat bumi ni pelik..terutamanya manusia..hmm aku rasa aku ni pelik jugak…kadang2 mood aku ni tak betul sangat..sekejap marah then cool then emotional plak…kadang2 hyperactive pun ada jugak..

aku sendiri pun tak berapa nak faham dengan diri sendiri..dan yang paling teruk orang yang ada disekeliling aku jugak yang terkena tempias pelik aku ni..

Kalau sekarang ni aku agak emotional sikit..well maybe BANYAKKKK jugak lah..aku emotional tanpa sebab…aku pun tak tahu kenapa aku macam ni..mood aku ni senget sikit..

hmm aku suka duduk dalam bilik..aku pun tak tahu nak buat ape..tapi aku suka suasana ni..boleh dikatakan aku turun bawah sebab aku lapar je..aku turun amik makanan yang patut dengan air sekali..

kalau tak ada air mati tercekik pulak aku nanti..siapa nak tolong?? then naik atas… buat hal sendiri..hmm maybe bagi segelintir orang tak suka cara ni..tapi aku suka keadaan macam ni..sunyi je..aman dan damai..

Itu kalau aku emotional..tapi lain pulak kalau aku hyperactive..time ni aku gila-gila sikit..well sikit-sikit sudah..i tak nak masuk tanjung rambutan =P..aku pun tak berapa nak pasti kenapa aku hyperactive tiba-tiba..tapi maybe salah satu faktornya ialah coklat..

boleh dikatakan aku akan jadi gila-gila bila makan coklat ataupun pengambilan coklat secara overdose..huhu memang bahaya..banyak kali terjadi masa aku kerja dulu..

huhu saja nak cari experience dan yang paling penting ‘duit’ sementara menunggu result SPM..daripada duduk rumah goyang kepala baik aku keluar rumah buat kebajikan kan..hehe kebajikan lah sangat..

okay, aku dengan kawan kerja aku yang sorang ni memang sekepala..huhu sekolah pun sama dulu..bila aku hyperactive dia pun mesti hyperactive jugak…memang banyak benda kita orang buat..cakap tak henti-henti..lari2 kat escalator..turun naik escalator in opposite direction..force equal to mass times acceleration (errkk ape yang aku merepek ni?)...

huhu memang penat..menari pun ada..bila stok baru sampai kita orang yang dah gila-gila ni bertambah gila jadinya..sampaikan berebut2..even mesej yang masuk pun kita orang berebut2 amik handphone sendiri..sebab kita orang buat message tone yang sama..memang gila betul dapat kawan macam Minachi 2..

Time marah aku ni pelik sikit..aku kalau marah dengan sseorang aku tak akan sound dia..tapi senyap aje..tapi yang tak eloknya aku kutuk kat belakang dia..sekarang baru aku realize betapa jahat nye diriku ini..huahuahuahuahuahua(gelak macam orang jahat)…

okay,benda ni terjadi dengan someone yang berani sentuh pipi aku..aku memang pantang betul..lagi2 dia tu bukan muhrim…tapi aku tak sound dia..seperti yang aku tulis..aku kutuk kat belakang dia..

teruk kan aku ni..kalau someone tu terbaca post ni..aku nak mintak maaf sangat2 sebab kutuk kau..aku tak sengaja tapi dah disengajakan walaupun tersengaja tapi kau yang buat aku sengaja..
okay kesimpulannya ianya di luar kawalanku...

Hmm itu serba serbi sedikit tentang diriku yang pelik..tapi macam tak cukup pelik..mungkin ada yang rasa aku ni tak pelik...agaknya mesti ada lagi yang pelik daripada yang pelik kat luar sana..hmm nama pun manusia..Memang pelik..

Entri kali ni memang pelik...abaikan je..