Thursday, December 29, 2011

Tips Makan

Assalamu'alaikum...


Hehehe entri kali ni lebih kepada kesihatan..Aku tahu ramai kat luar sana nak kuruskan badan..
Okay ini antara tips makan dengan sihat yang aku amalkan :


Pertama :
Jangan skip breakfast..Haaa kalau nak tahu breakfast sangat lah penting untuk badan kita..Ia dapat beri kita ENERGY pada waktu pagi..Jadi korang kena lah amalkan...Kalu tak sempat nak buat breakfast tu makan biskut pun jadi lah..Lagi pun pagi2 tak elok makan berat2...




Kedua: 
Minum air 8 gelas sehari..selalu kan dengar macam ni..tapi aku sendiri tak tahu aku minum berapa gelas...seeloknya letak je dalam botol yang besar..Dalam 1 hari cuba habiskan botol tu..Kalau malas beli je air mineral..Ingat ye MINERAL WATER dan bukan DRINKING WATER...sebelum beli tengok betul2..sebab ape aku sarankan mineral..kerana mineral lebih elok..DRINKING selalunya proses osmosis berbalik..kurang sikit keMINERALlan dia tu..hehehe



Ketiga :
Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan...Contoh macam jus oren asli, setahu aku ia antara minuman yang baik untuk kuruskan perut ( kiranya tak nak perut buncit lah ye)...

Keempat:
Jangan berlapar..Dalam sehari kita kenalah makan ikut time..breakfast, lunch and dinner..Setahu aku lah orang yang skip dinner mempunyai lebih tinggi kolesterol dalam badan dia..Haaa kalu tak nak makan lah ye walaupun sedikit..


Kelima:
Kurangkan minuman yang bergas..Kalu boleh minum sekali-sekala je terutamanya pelajar..sebab air yang bergas ni tak elok untuk kesihatan dan menyukarkan pelajar untuk menghafal..Kira tak elok untuk otak...


Hmm itu sahaja lah tips aku..Owh yaaa, aku dapat info extra..
Jangan minum sambil berdiri...nak tahu kenapa..sila terjah SINI


Okay itu sahaja....Selamat Mencuba!!!

No comments:

Post a Comment