Hello my blog!
Dah lama sangat tak menulis.
Ok aku hadapi masalah jerawat yang sangat teruk sekarang ni.
Semuanya berlaku disebabkan diri sendiri yang terlalu percaya dengan kata2 promoter.
Nak dijadikan cerita, aku ke farmasi dengan tujuan hanya satu; iaitu beli toner.
Tengah godek2 toner datang lah promoter dan promote produk Garden of Eden. Aku ni mmg naif sangat bab kecantikan dan cepat sangat percaya bila orang cakap ramai pakai dan testimoni semua menunjukkan positive effect terhadap muka mereka.
So aku pun terbeli lah pencuci muka dia dan serum Garden of Eden seperti gambar di bawah ni.
Aku ikut cakap promoter tu, pakai 3 titik sahaja dan tap kan ke wajah waktu pagi dan sebelum tidur selepas mencuci muka..
Dalam seminggu aku start pakai, jerawat batu sikit2 naik kat muka. sampai lah minggu kedua pakai, aku terus stop. sebab muka aku teruk sangat macam gambar di bawah ni.
gambar sisi kiri
gambar sisi kanan
gambar ni pun tak nampak jelas sangat sebab sebahagian muka aku dh tutup dengan tudung. Klu zoom dekat cermin mmg nmpak timbul2 dia, tak selesa dan sakittt sangat tak tahu nak describe macam mana.
hukhuk selama aku hidup tak pernah kenal pun jerawat batu tu rupa dia macam mana sampailah terkena dekat muka sendiri.
So untuk merawat muka aku, ada beberapa produk yang aku dah try tp ia tidak menghilangkan jerawat batu ni.
Kadang2 turun naik jerawat batutu. kejap kecut, kejap segar bertempek dekat muka aku ni.
1st yang aku try adalah serbuk kulit kayu manis; tapi hasil dia tak memberangsangkan malah menjadikan kulit muka aku kelihatan kemerah-merahan seperti terbakar.
2nd aku try petua bawang putih. sama jugak tak ada effect.
kemudian beralih arah dengan membeli toner aiken sebab aku ada terbaca blog fynahere tentang cara dia merawat masalah jerawat dalam 1 bulan.
Di samping tu, aku pun makan supplement vitamin C sebab aku percaya badan aku kurang vitamin C memandangkan dari kecik aku tak suka makan buah-buahan. Tapi dah besar ni aku belajar la slowly makan untuk kesihatan. huhu
allurebauty vitamin C
Tapi aku stop pakai aiken dan supplement ni dan beli luminous by namee roslan. Memandangkan kulit muka kakak aku semakin elok bila dia cuba brand ni, aku pun nak cubalah jugak kan.
At first jerawat batu aku yang before ni dah mula mengecut bila aku pakai satu set luminous ni.
and at the same time pun kalau aku rajin, aku akan makan supplement vitamin C tu.
Produk ni okay bg aku tapi dia sekadar mengecutkan jerawat aku. tapi kadang2 naik jugak lah seketul dua jerawat batu.
Aku pun sekarang dah start pantang makan, aku cuba elakkan makan seafood -tapi aku memang alah dengan seafood kecuali ikan
cheese,
chocolate-ini makanan paling susah, sb its my favourite. hukhuk
telur, makanan berminyak dan fast food/ junk food
Tapi jujur lah aku kadang2 terlupa jugak, macam hari tu berbuka nasi lemak, memang ada telur lah kan. Lepas makan tu baru aku teringat. hukhuk tak apa lah lepas ni kena lebih berhati2 dan beringat2 sebelum makan.
So kalau u guys ada any tips/ produk untuk merawat jerawat batu, please share with me.
I really need your help.
Thank you for reading this entry
=)
Alamak. Sama ngan kulit i bila pakai serum ni. Mmg naik kat pipi je. Dulu xda pun jerawat batu ni. Huhu.
ReplyDeleteSame la.. Bru pakai seminggu..pkai yg scar.. Lps beberapa hari naik jerawat.udah la dah lame jerawat xdtg mengunjung..tetbe slps 5 taun dtg pulak die....adehhh🤕
ReplyDeleteSama lah i pakai serum garden of eden tuh jugak then trus naik banyak gila jerawat pasir kat muka lpastu try pakai aiken but still tak nampak perubahan😭
ReplyDelete