Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Tuesday, July 12, 2016

My DIY beaded blouse

Assalamualaikum

Yuhuu post aku asyik diy je buat masa ni. iyelah memandangkan aku free sangat, so nilah kerja aku.
So kali ni aku gunakan je lebihan beads yang aku beli untuk buat DIY kasut raya tempoh hari.

Aku ada lah jugak refer instagram untuk tengok design2 yang dah sedia ada.
Dan aku terjumpa satu design yang agak simple tapi still cantik. Tapiiiiii aku memang tak tiru 100% apa yang aku suka tu. Aku selalu jadikan setiap gambar yang aku jumpa tu sebagai inspirasi dan memberikan aku idea sendiri untuk design mengikut cita rasa aku.

So Alhamdulillah, aku berjaya siapkan menjahit beads dekat baju ni dalam masa 2 hari sahaja!
DUA HARI YA...sampai sakit belakang aku sebab asyik membongkok je nk menjahit.

Tak sangka susah jugak menjahit beads ni, nampak je macam senang.
Kadang2 dah masukan jadi senget pulak sampai berubah2 design tu sebab tak menjadi masa menjahit, so aku try adjust beads tu asalkan ada design. Jadi tak hairanlah kalau baju beaded dekat butik2 tu mahal. Memang padanlah dengan kepenatan dan titik peluh tukang jahit beads ni.

Okay inilah Cape blouse aku yang kosong dan kemudiannya dihiasi dengan beads. 
Design hasil tangan aku sendiri =)
Walaupun tak adalah cantik mana pun, tapi aku gembira dapat siapkan dalam masa yang sekejap. Sebab aku ada tabiat menangguh2kan bila dah start buat sesuatu.
Tak sangka dapat siapkan dengan penuh kesabaran dan mengambil masa hanya 2 hari untuk disiapkan. Pecah rekod tau untuk diri sendiri. 
Good job to me =P


haa inilah dia bahagian yang aku nak buat design lain tapi tak menjadi seperti yang aku nak bila dah start menjahit beads tu. So aku adjust la skit2. kalau perhatikan betul2 memang nampak sangat beads tengah tu senget. Huhu itu namanya aku dah penat nak tanggalkan dan susun elok2 balik.
Aku redho je, asalkan tak nampak sangat dari jauh. huhu


Okay ni full version, aku padankan cape blouse ni dengan skirt warna pink.
Cantik tak?

Cakap cantik cepat.....
Teheee =D



Thank you for reading this entry =)

My DIY sampul raya!!!

Assalamualikum.

Just a quick updates.
Ive been doing a DIY projects during ramadhan. In my previous post, i have done a diy raya shoes. I make over my last year wedges which is very plain to a gorgeous beaded wedges. Huhu

So here a pictures of my diy sampul raya looks like
Front view

Back view

side view

 At first I want to make a dozen of these sampul raya with variety of design. But.... i end up doing only two. huhu tak larat sangat.
so these two were given to the most beloved sister in my life. I hope they are happy with their Raya packets =)
Woot woot dont get me wrong, these packets are filled. I wont give them empty packets....



Like malay said,
Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima


Thank you for reading this entry =)



Thursday, June 30, 2016

DIY Raya Shoes Project 1.0

Assalamualaikum

Yuhuu hari raya dah nak dekat, so aku dengan rajinnya buat DIY untuk kasut raya aku tahun ni. Memandangkan bulan Ramadhan ni aku free tanpa apa-apa komitment, maka aku terdetik untuk menghias kasut raya aku tahun lepas dengan beads.


Well aku memang jarang pakai wedges/heels, so wedges yang aku beli ni pun sebab aku terpikat dengan keselesaan dia. So why not aku spend duit untuk something that is last longer and comfortable kann.


So here how it goes, firstly aku ke GM klang and beli a few beads dekat kedai accessory level 2 depan escalator. Tapi silap aku jugak lah tak google dulu nak buat design macam mana dekat kasut aku tu.


Then bila aku dah google ada a few bentuk beads yang aku tak ada. So aku gigihkan diri untuk ke Kenanga Wholesale City. Ini adalah first time aku ke sana. Rupanya senang je untuk ke sana.

Naik monorel ataupun LRT (ampang line/sri petaling line) dan turun ke stesen Hang Tuah. Dari stesen Hang Tuah tu ada sign board untuk ke KWC ni. Senang je. Very convenient =)

So inilah hasil DIY Raya shoes aku...tadaaa



Before

After

At first aku ingat nak pakai tali untuk cantumkan beads tu, tapi tak sesuai dan susah nak bentuk. Then aku cuba untuk menjahit beads tu kat kasut, tapi ehemmm its not easy. 

So aku google and buat some research dekat youtube. Ada banyak jugak DIY shoes youtuber kongsikan dan hasil mereka sangat2 cantik. Dari situ aku dapat tahu kewujudan glue E6000 ni. Sangat interesting, sesuai untuk arts and craft dan boleh gamkan batu cystal swarovski dekat kasut jugak. Awesome kan.
Glue ni aku beli dekat kedai yang sama aku beli beads di KWC. Kedai accessory level 5 or 6 aku tak ingat. hehe

So inilah hasil karya aku, diinspirasikan daripada design-design kasut dari instagram @randa_pic. Tapi design ni memang aku bedal je and try susun ikut jenis kasut ni dan aku berjaya hasilkan design ni. Walaupun taklah cantik macam expert buat, tapi aku tetap suka dengan hasil titik peluh aku ni.

Alhamdulillah kasut raya tahun ni dah siap, bahan2 sangat mudah:
beads
glue E6000
dan kasut

=)




Di bawah ni aku share Video dari youtubers. Ini antara DIY shoes yang menarik bagi aku dan mungkin aku akan buat next project. DIY shoes project 2.0 maybe
My wedding shoes maybe?
Uhuk uhuk 
-_-


 







Thanks for reading this entry =)