Assalamualikum
Aku berniat untuk menulis tentang job scam ini untuk membuka mata kepada semua fresh graduate di luar sana supaya lebih berhati-hati. Aku salah seorang fresh graduate yang terlalu berusaha dan mengharap dapat pekerjaan secepat mungkin. Tapi aku menjadi mangsa penipuan dan aku juga akan ceritakan pengalaman ditipu oleh sebuah syarikat besar dari luar negara.
Ok jadi ini adalah antara tanda-tanda job offer yang kalian dapat detect ianya adalah scam!
1. Tidak perlukan pengalaman
2. Gaji yang diberi terlampau lumayan
3. Anda perlukan gunakan duit sendiri
4. Anda mendapat pekerjaan dengan mudah
5. Emel yang digunakan bukan dari company tersebut
6. IM interview
7. Info diri
8. Borang tidak lengkap atau salah ejaan
9. Perlu bertindak dengan segera (asap)
10. Anda perlu bayar untuk jawatan tersebut
Pengalaman aku:
Aku memohon pekerjaan di salah sebuah syarikat yang terletak di Dubai melalui link yang kawan aku share. Selepas seminggu aku apply, aku dapat good response dari syarikat tersebut.
Tapi aku jadi suspicious sebab kawan aku pun dapat offer job yang sama sebab kami apply position yang sama. At the same time aku pelik sebab senang sangat dia terima aku tanpa sebarang temu duga. Ini antara tanda-tanda yang akau rasa aku ditipu. So take note ya!
1. terlalu mudah dapat offer job tanpa sebarang temu duga
2. Email yang digunakan bukan abc@namacompany.com tetapi namacompany@2Engineer.com
contohnya nama syarikat rampco oil. sepatutnya email selalu seperti ni hr@rampcooil.com tetapi yang aku terima rampcooil@2Engineer.com
3. Kawan aku juga dapat offer untuk position yang sama di syarikat yang sama
4. Gaji yang diberi terlampau lumayan. Memang gaji yang mereka offer mostly untuk orang yang dah kerja dan ada experience 10 tahun.
Jadi, apa yang kami buat?
Kami reserach dan google tentang orang yang handle kami ni. Guess what?
Lelaki ni rupanya scammer dan dia menggunakan nama syarikat lain untuk attract fresh graduate terutamanya dari luar negara macam kami yang sangat naif.
SO LESSON LEARNED
Alhamdulillah kami dapat figure out kami ditipu sebelum berangkat ke Dubai.
So beware everyone. Take my experience as a lesson for you guys in finding jobs.
Good Luck
Thank you for reading this entry =)