Tuesday, January 3, 2012

Awan berbentuk ombak

Assalamu'alaikum...

Hmm tadi aku hantar kakak aku balik ke tempat pengajian dia...sepanjang perjalanan kami semua nya berjalan dengan lancar...Tapi bila sampai di satu Lebuhraya ni...Aku terpandang kecantikan awan kat sana...Masa tu memang tak banyak kereta...so boleh la aku usha sikit awan-awan yang cantik tu..

Ini lah kali pertama aku tengok awan yang berbentuk seperti ombak...Wargghhh cantik sangat...
Ibarat macam ombak betul...macam aku nak datang ke arah ombak tu...huhu
Aku terfikir jugak untuk ambil gambar..tapi tak sempat pulak...

Haa lebih kurang macam ni la scene dia...Hehe tapi awan dia tak la seburuk ni...(Maaf aku tak reti lukis)
hehe awan ni sangat unik...comel betul..macam-macam bentuk ada...setahu aku awan jenis macam gambar kat bawah ni dapat jumpa hanya di gunung dan bukit...ia terbentuk sebegitu unik kerana pergerakan udara di gunung tersebut...


ciptaan Allah memang unik-unik belaka...hehe semua nya comel-comel..geram betul..
Hmm kalau lah aku dapat duduk atas awan..macam dalam cerita Peterpan tu...
hehe hakikatnya semua tu mustahil dan mengarut je lebih...





Bibir kering

Assalamu'alaikum... 






 Hmm pernah tak bibr kering??? 
Aku selalu jugak lah ada masalah ni..dan aku atasi dengan menggunakan lipbalm... 






Kalau masalah bibir menggelupas, anda hanya perlu ambil tuala basah dan gosokkan bibir anda dengan lembut... Dengan cara tu, kulit mati akan hilang..dan bibir akan bertambah lembut.. 


 Dulu aku pernah terbaca dalam satu majalah ni...dia kata jangan menjilat bibir apabila kering...tapi sebaliknya pakailah lipbalm..dulu aku memang tak percaya...dan aku mula percaya bila aku berada di tempat yang cuaca nya sejuk... Dan bibir aku kering..maka aku pun jilat dan hasilnya sama seperti dalam majalah tu..semenjak dari hari tu aku amalkan memakai lipbalm... 


Selain tu, aku pernah jugak dengar kita perlu minum air kosng banyak-banyak...kiranya 8 gelas sehari... 


 Hmmmm aku pernah terbaca dalam majalah ni... Dia kata kalau nak atasi masalah bibir kering ni..kita perlu letak madu kat bibir sebelum tidur... Tapi aku tak pernah buat lah..sebab aku takut nanti tilam bantal aku bersemut...tak berani aku... 


 Hehe kalau berani try lah..tapi aku tak jamin keberHASILan nya..sebab aku tak try lagi...



Monday, January 2, 2012

Terfikir sejenak

Assalamu'alaikum....

wahhh ramai teruja bila dah masuk 2012...bukan main azam sana-sini..
Tapi aku tak amalkan sangat AZAM ni...dulu waktu aku kecik pernah lah kot berazam itu ini..tapi habuk pun tarak..AZAM lah konon..tapi tak pernah menjadi...huhuhu

New Year seronok lah jugak..tapi jangan seronok sangat huhahuha sana sini...
cuba tengok video ni..100 years in 10 minutes..dari tahun 1911 sampai lah 2011....


Korang perasan tak sesuatu dalam video ni...
Apa yang anda nampak???
Penjajah..Kuasa..Peperangan...YES memang betul tapi ada yang lebih utama..
Apa yang aku nampak semenjak Tahun 2004 dah mula bencana alam yang melanda teruk dalam dunia...
Sebelum ni???

Jadi sama-sama lah kita berfikir ya...






Saturday, December 31, 2011

Tips for student

Assalamu'alikum...

Read! In the name of thy Lord and Cherisher, who created. Created man out of a (mere) clot of congealed blood: proclaim! And thy Lord Is Most Beautiful. He who tought (the use of) the Pen. Taught man that Which he knew not.
( Al-'Alaq : verses 1 - 5 )

Okay here are some tips for you guys on how to be the best student ever..


Firstly we must strong believe in Allah's assurances....For those who are hard working would be granted Allah's assistance and blessings...You guys must have heard these quote.."Winners never Quit and Quitters never Win"...We should try our best and don't give up before you try...For me, that person are LOSER...Why??? You know the answer..



Secondly, love your parents and never forget their deeds...With Allah's will and through our parents, we were born to this world and they are willing to sacrifice their energy, belongings and time for our sake..
Even thought they yell at us..we shouldn't shout at them back..there must be a reason why they mad at us..we should ask forgiveness to them..it doesn't matter you are right or wrong...they are our parents..we should protect them like they protect us..

Thirdly, always massaging your fingers..It helps to stimulate your brain to become active and healthy..It also ease the blood flow especially to your brain...Try to practice when you are free..InsyaAllah you will be more healthier and intelligent...

Lastly, do not blow out wind too much or too long because it will make you dizzy...you should avoid blow balloons, fire and hot food as it will weaken our memory..

Soo lets try it now..





Thursday, December 29, 2011

Tips Makan

Assalamu'alaikum...


Hehehe entri kali ni lebih kepada kesihatan..Aku tahu ramai kat luar sana nak kuruskan badan..
Okay ini antara tips makan dengan sihat yang aku amalkan :


Pertama :
Jangan skip breakfast..Haaa kalau nak tahu breakfast sangat lah penting untuk badan kita..Ia dapat beri kita ENERGY pada waktu pagi..Jadi korang kena lah amalkan...Kalu tak sempat nak buat breakfast tu makan biskut pun jadi lah..Lagi pun pagi2 tak elok makan berat2...




Kedua: 
Minum air 8 gelas sehari..selalu kan dengar macam ni..tapi aku sendiri tak tahu aku minum berapa gelas...seeloknya letak je dalam botol yang besar..Dalam 1 hari cuba habiskan botol tu..Kalau malas beli je air mineral..Ingat ye MINERAL WATER dan bukan DRINKING WATER...sebelum beli tengok betul2..sebab ape aku sarankan mineral..kerana mineral lebih elok..DRINKING selalunya proses osmosis berbalik..kurang sikit keMINERALlan dia tu..hehehe



Ketiga :
Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan...Contoh macam jus oren asli, setahu aku ia antara minuman yang baik untuk kuruskan perut ( kiranya tak nak perut buncit lah ye)...

Keempat:
Jangan berlapar..Dalam sehari kita kenalah makan ikut time..breakfast, lunch and dinner..Setahu aku lah orang yang skip dinner mempunyai lebih tinggi kolesterol dalam badan dia..Haaa kalu tak nak makan lah ye walaupun sedikit..


Kelima:
Kurangkan minuman yang bergas..Kalu boleh minum sekali-sekala je terutamanya pelajar..sebab air yang bergas ni tak elok untuk kesihatan dan menyukarkan pelajar untuk menghafal..Kira tak elok untuk otak...


Hmm itu sahaja lah tips aku..Owh yaaa, aku dapat info extra..
Jangan minum sambil berdiri...nak tahu kenapa..sila terjah SINI


Okay itu sahaja....Selamat Mencuba!!!

Tuesday, December 27, 2011

Sahabat Tomato

Assalamu'alaikum..


Kali ni aku nak share satu video tentang persahabatan... 
hehe sesungguhnya persahabatan yang dijalinkan atas dasar Islam sangat lah hensem, comel, cantik, murni..(ni bagi aku lah ye)








Video ni menarik sebab dia terapkan nilai-nilai murni dalam bersahabat..kita kena lah sentiasa bertolak ansur ye..jangan asyik ikut kepala sendiri....dengan cara tu dapatlah menjalinkan hubungan ukhuwah antara umat manusia dengan baik...


Huhu aku suka sangat bila Lan tu petik surah Al:Imran ayat 134 tu.. 


bersama-sama lah kita bermuhasabah diri....^_^

Monday, December 26, 2011

Release tension

Assalamu'alaikum...


Hmm macam mana ye nak kurangkan stress???
Aku ada petua dan pemuda sekali...hehe..caranya dengan hanya menuturkan perkataan STRESS (macam Kang Gary dalam Running Man)..
ohohoho itu memang tak membantu...lagi stress jadinya nanti...


Okay ini adalah antara cara yang aku selalu buat untuk release tension :


1) Aku akan STOP fikir tentang benda yang membuatkan aku tension untuk beberapa minit dan fikir benda2 yang aku suka..selalunya aku tension sebab banyak sangat assignment and lab work/report...


2) Kadang2 aku buat solat sunat ataupun baca surah...


3) Aku tengak permandangan yang hijau (kat luar tingkap pun jadi lah)...benda2 hijau macam pokok2 ni memang akan buat kita tenang...tak percaya Try lah...^^


4) Aku makan makan dan makan..pilihan aku selalunya coklat..sebab coklat selalu buat aku jadi hyperaktif...


5) Karaoke lah (tapi dalam bilik ye)..ataupun korang record masa menyanyi atau MELALAK tu melalui Web Camera kat laptop..then dah habis melalak tu tengok balik video yang terhasil..
Memang ketawa sampai pecah perut lah nanti..  Kalau buat dengan kawan lagi seronok..


Hmm aku harap dapat lah bantu serba sikit keTENSIONan korang tu..
Selamat mencuba!!!