Tuesday, January 17, 2012

Cita-cita ku

Assalamualaikum semua....


Hah mesti korang ada cita-cita kan..
Aku ingat lagi waktu kecik-kecik dulu masa sekolah rendah soalan yang cikgu selalu tanya untuk memperkenalkan diri adalah :
- NAMA
- ASAL
-CITA-CITA


Hehe betul tak ??? Itu kira top 3 lah kan yang cikgu WAJIB kan kita menjawab..yang lain tak penting sangat kan...


Aku ingat lagi jawapan aku yang pertama kalinya adalah untuk menjadi seorang Doktor...
perasan tak waktu kita kecil dulu ada cita-cita yang menjadi rebutan...terAMATlah POPULAR dalam kalangan kanak-kanak Ribena iaitu....Jeng Jeng Jeng...






DOKTOR   CIKGU   POLIS    PEGUAM


macam dah tak ada benda lain je untuk dijadikan cita-cita..memang dasar budak ribena..


Hmm aku memang nak jadi doktor sebab mak ayah aku selalu cakap nanti dah besar jadi doktor ya...BEST tau..boleh bedah orang , bukak klinik...nanti dapat tittle Dr. Aiy...


Waktu tu aku memang dah dipengaruhi 99% oleh parents aku untuk menjadi seorang doktor yang berjaya dan berkaliber dengan selamatkan nyawa orang ramai..bedah korek sana sini..duit pun masyuk je!!!
tapi semua tu Hancus menjadi Lumut...


Aku tak pasti sejak bila aku nak tukar profession...mungkin sebab makin membesar dan tahu ada banyak lagi kerja kat luar sana....jadi aku mula minat untuk menjadi Interior Designer..maka hancus lah harapan mak aku untuk melihat Doktor Aiy..Tapi mak aku tak putus asa...Adik aku yang bongsu pulak menjadi sasaran mak aku...Doktor G...(G for GEDIKKK) huahuahua...jahatnya lah aku ni...


bila aku masuk Form 4 aku pilih aliran Sains IT..dan mula minat untuk jadi Photographer...Then Lepas SPM aku minat culinary...Tapi parents aku tak berapa nak setuju..Jadi aku terpaksa letak culinary sebagai pilihan ke 3 last....


Akhirnya aku dapat tekstil...pilihan ke 3 kot..aku macam..hah !! @_@...
Aku pun tak tahu macam mana lah aku boleh letak Tekstil pilihan ke 3...kalau aku letak Culinary ke 3..Fuhhh mesti dah terer siap boleh masuk MasterChef gitu...


syok jugak !! Sebab dekat dengan rumah aku....tapi selepas orientasi aku ada masalah dengan Tekstil ni..So kami semua terpaksa tukar course yang terpilih..Dan aku dapat Kimia Industri..Aku memang tak suka snagat sangat..sebab tempat pengajian tu jauh sangat....kawan2 aku tenagkan aku..dan Alhamdulillah akhirnya aku enjoy jugak di sana...


Tapi bila dah enjoy tu lain pulak yang terjadi...
Aku dapat sambung kimia Gunaan...Berat Hati jugak lah nak tinggalkan kawan2 aku..tapi nak buat macam mana kan..


Dan sekarang aku cuma ikut je flow yang mungkin Allah SWT dah tentukan untuk aku....
Hakikatnya semua Allah dah atur dengan baik..
Jadi think positively walau apa pun yang terjadi... :D


p/s: deep in my heart I wanna be a  landscape photographer...InsayAllah satu hari nanti..

No comments:

Post a Comment