Que Ching..Ape tu..haaa sebenarnya ia adalah kucing..aku saja je eja itu macam...Adik-adik yang masih bersekolah tu jangan lah eja kucing macam ni ya..memang sah-sah dapat minus mark...siap tak ada star lagi tu (hehe teringat pulak waktu kecik dulu selalu bandingkan dengan kawan siapa dapat lagi banyak star)...
Well sejak dua tiga menjak ni..banyak pulak kucing yang bertandang kat rumah aku..
Tu dia 4 ekor..semua pendatang haram..tak ada permit..bukan main sedap korang lentok sana sini..huhu yang sekor tu tak nampak sangat..nun kat hujung belah kiri...
Acak...haa ni la dia..adik aku memandai je kata dia ni bapak ayam..sebab ape??
Dia lah yang paling awal bertandang kat rumah aku dan dia jugak lah yang bawak lagi 3 ekor tu ke sini...
Tapi penakut..aku nak dekat je dia lari..
Hmm yang ni tak tahu lah bergaduh ke apa..kalau tak silap diarung ni berebut kan si kucing betina ni..
Ini dia si betina tu..kira dia hot lah kan..sampai yang lain berebut kan dia..Si hitam ni memang tak tahu malu..asal aku bukak pintu je dia masuk rumah...terlebih mesra alam pulak..susah nak halau dia keluar...
Bukan main dia posing..macam tau je aku nak ambik gambar dia...
Hohoho yang ni kucing jiran aku..join sekali jugak..tak nak ketinggalan aktiviti antara jiran lah konon...Si jebat ni penakut jugak..sama spesies dengan Si bapak ayam tu..
Jadi sayangi lah haiwan...
Okay macam tak ada kena mengena pulak kan...
hee lantak lah...
No comments:
Post a Comment