Hmm seni khat..apa tu??
Aku sendiri pun tak tahu seni khat tu apa...tapi memang menarik..aawwww aku dah jatuh cinta dengan seni khat!!! Semuanya bermula semalam, jam 2 petang...Persatuan Seni Lukis di tempat pengajian aku adakan bengkel khat..Jadi aku selaku ahli lama wajib menghadirkan diri..hehe sebenarnya malas nak pergi tapi kawan ajak, tu yang ikut tu...Setakat ni, mengikut apa yang aku belajar semalam, khat ni terdiri daripada pelbagai jenis...Antaranya Khat Nasakh, Khat Thuluth, Khat Kufi, Khat Diwani, Khat Farsi dan Khat Riq'ah...Semua jenis khat ni ada perbezaan cara menulis dia...bentuk pun agak berbeza...ada yang macam paku2..kalau bukak kitab Al-Quran yang lama mesti dapat jumpa..
Hmm aku jealous dengan cikgu yang mengajar khat semalam, cantik betul tulisan dia..Menurut dia, dia menceburi seni khat sejak 11 tahun yang lalu..Huhu agaknya kalau aku nak mahir seni khat, aku kena berlatih dalam 11 tahun ataupun lebih kot baru dapat buat khat cantik macam dia..Adoi, time tu aku dah 30 tahun..huhu dah tua..sob3..
cantik tak..aku yang buat ni..
Haha penipu besar!!! Hakikatnya ni original yang aku buat
Nak tulis Alif pun dah salah..Ish3