Yuhuu post aku asyik diy je buat masa ni. iyelah memandangkan aku free sangat, so nilah kerja aku.
So kali ni aku gunakan je lebihan beads yang aku beli untuk buat DIY kasut raya tempoh hari.
Aku ada lah jugak refer instagram untuk tengok design2 yang dah sedia ada.
Dan aku terjumpa satu design yang agak simple tapi still cantik. Tapiiiiii aku memang tak tiru 100% apa yang aku suka tu. Aku selalu jadikan setiap gambar yang aku jumpa tu sebagai inspirasi dan memberikan aku idea sendiri untuk design mengikut cita rasa aku.
So Alhamdulillah, aku berjaya siapkan menjahit beads dekat baju ni dalam masa 2 hari sahaja!
DUA HARI YA...sampai sakit belakang aku sebab asyik membongkok je nk menjahit.
Tak sangka susah jugak menjahit beads ni, nampak je macam senang.
Kadang2 dah masukan jadi senget pulak sampai berubah2 design tu sebab tak menjadi masa menjahit, so aku try adjust beads tu asalkan ada design. Jadi tak hairanlah kalau baju beaded dekat butik2 tu mahal. Memang padanlah dengan kepenatan dan titik peluh tukang jahit beads ni.
Okay inilah Cape blouse aku yang kosong dan kemudiannya dihiasi dengan beads.
Design hasil tangan aku sendiri =)
Walaupun tak adalah cantik mana pun, tapi aku gembira dapat siapkan dalam masa yang sekejap. Sebab aku ada tabiat menangguh2kan bila dah start buat sesuatu.
Tak sangka dapat siapkan dengan penuh kesabaran dan mengambil masa hanya 2 hari untuk disiapkan. Pecah rekod tau untuk diri sendiri.
Good job to me =P
haa inilah dia bahagian yang aku nak buat design lain tapi tak menjadi seperti yang aku nak bila dah start menjahit beads tu. So aku adjust la skit2. kalau perhatikan betul2 memang nampak sangat beads tengah tu senget. Huhu itu namanya aku dah penat nak tanggalkan dan susun elok2 balik.
Aku redho je, asalkan tak nampak sangat dari jauh. huhu
Okay ni full version, aku padankan cape blouse ni dengan skirt warna pink.
Cantik tak?
Cakap cantik cepat.....
Teheee =D
Thank you for reading this entry =)
No comments:
Post a Comment